Thursday, September 5, 2013

Kenaikan Harga Petrol sebagai Petanda Awal Budget 2014 Tidak Mesra Rakyat

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat bahawa kenaikan harga Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak RM.020 bermula hari ini adalah petanda awal Budget 2014 yang akan dibentang bulan Oktober nanti sebagai tidak bersifat mesra rakyat. Berbanding dengan budget tahun-tahun sebelum ini yang dilihat sebagai budget mesra rakyat atau lebih tepat mesra pengundi, Budget 2014 yang bakal dibentangkan akan mula melaksanakan beberapa dasar kerajaan yang tertangguh sebelum ini iaitu rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian. Pelaksanaan tersebut meliputi pemotongan subsidi barangan petroleum, pengurangan perbelanjaan kepada sektor pendidikan dan kesihatan, kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kerajaan pentadbiran Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak dilihat terpaksa mengambil langkah ini, ketika desas-desus yang kuat menyebut Malaysia mungkin akan menarik diri dari menandatangani Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Dato’ Sri Najib telah diasak dari dalam dan luar UMNO untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut yang dianggapkan oleh mereka akan memberi ancaman kepada ekonomi negara khususnya ekonomi kaum Melayu. PPP berkeyakinan, sebelum ini pentadbiran Dato’ Sri Najib melihat perlaksanaan TPPA sebagai pilihan alternatif untuk mengurangkan beban hutang dan perbelanjaan kerajaan, sekaligus mengurangkan defisit budget yang telah berlanjutan lebih satu dekad yang lalu.
Dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang agak beku disebabkan ketiadaan sumber-sumber pendapatan baru, kerajaan pentadbiran Dato Sri Najib hanya mempunyai dua pilihan utama, iaitu meneruskan dasar-dasar yang telah digariskan oleh jawatankuasa PEMANDU yang diketuai oleh Dato’ Sri Idris Jala atau menerokai pasaran dan kemasukan modal asing melalui TPPA. Berdasarkan beberapa perkembangan sebelum ini, PPP menjangkakan kerajaan pentadbiran Dato’ Sri Najib akan memilih untuk menandatangani TPPA yang pada perkiraan beliau akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat disamping akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sesuai dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun, perlaksanaan TPPA telah mendapat tentangan kuat dari dalam dan luar UMNO termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. PPP percaya tentangan tersebut telah memberi kesan besar terhadap kedudukan Dato Sri Najib dalam UMNO sendiri, serta menggugat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri setelah prestasi buruk BN dalam PRU ke-13 lalu. Dato’ Sri Najib akan melalui satu lagi episod getir pada hujung tahun ini, iaitu pemilihan pimpinan baru UMNO. Kesemua situasi ini menyebabkan Dato’ Sri Najib berkemungkinan akan mengambil langkah menarik diri dari menandatangani TPPA, justeru beliau terpaksa memikirkan semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa PEMANDU yang meliputi rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian.
Prestasi ekonomi semasa tidak memberi pilihan yang banyak kepada pentadbiran Dato’ Sri Najib dengan ramalan yang kuat berlakunya kemuncupan ekonomi China dan situasi tidak menentu yang berterusan di Timur Tengah. Perubahan yang berlaku kepada kedua-dua wilayah ekonomi ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia. Pada ketika yang sama, tiada perkembangan yang begitu menggalakkan daripada prestasi ekonomi ASEAN sejak krisis ekonomi negara-negara anggota pada tahun 1997 dan malah tiada juga perkembangan yang diharapkan selepas pelaksanaan AFTA. Dengan hutang kerajaan yang kian meningkat dan hutang isi rumah begitu membimbangkan, PPP melihat ekonomi Malaysia semakin menuju ketidakstabilan.
Berdasarkan realiti tersebut, PPP menjangkakan pelaksanaan budget dan lain-lain dasar yang tidak mesra rakyat akan berlanjutan sehingga 2015, menyaksikan lebih banyak subsidi yang akan dipotong dalam usaha mengurang perbelanjaan kerajaan. Pada ketika yang sama, PPP menjangkakan GST akan mula dilaksanakan secara beransur-ansur dengan mengecualikan beberapa barangan dan perkhidmatan tertentu. Golongan yang begitu terkesan dengan budget lain-lain dasar yang tidak mesra rakyat ini adalah golongan pertengahan terutama golongan pertengahan rendah (lower middle class). Manakala dari segi wilayah pula, golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan seperti ini ialah penduduk bandar dan pinggiran bandar.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah (Operasi)
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Friday, August 16, 2013

Syarahan Perdana Dato’ Fadzil Noor dan Makan Malam Amal PPP

Syarahan Perdana Dato’ Fadzil Noor #1:
Malaysia Pasca PRU-13 – Masa Depan Politik Melayu, Ekonomi Rakyat & Toleransi Agama
24 Ogos 2013
8.00 malam / Sabtu
Hotel de Palma, Ampang
Anjuran
 Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Dengan Kerjasama
Persatuan Graduan United Kingdom & Eire, Malaysia (iPro)
Inline image 1

1.0 Pengenalan
Objektif syarahan ini adalah sebagai medan untuk pimpinan pusat PAS, wakil-wakil dewan, pakar-pakar bidang, wakil ahli komponen Pakatan Rakyat, wakil NGO dan masyarakat awam untuk membincangkan dan mengupas polisi-polisi /  dasar-dasar negara serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi PAS pada masa akan datang.

2.0 Latar Belakang
Pasca PRU-13, PAS dilihat parti yang gagal meningkat dalam pencapaian berbanding PRU13. PAS gagal mempertahankan Kedah dan menurun bilangan kerusi DUN di Kelantan.

Namun begitu, pencapaian meningkat di Selangor, Terengganu, Melaka dan Johor. Senario ini dilihat kritikal kepada PAS kerana persaingan dalam kancah politik bukan sahaja bersaing dengan UMNO bahkan PAS perlu bersaing di antara Pakatan Rakyat untuk muncul sebagai parti yang dominan dan terkehadapan dalam menjuarai isu rakyat.


Oleh yang demikian, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berperanan menganjurkan syarahan perdana ini untuk menjadi medan mencanai dan membuka gelanggang diskusi mendalam dalam menghadapi masa depan politik Melayu, ekonomi rakyat dan toleransi agama di tanah air kita cintai. 


3.0 Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi wakil penganjur iaitu:
a) Sdr. Ubaid - 013-357 5978 (Whatsapp/telefon/SMS)
b) Sdr. Yusuf - 017-223 9525 (Whatsapp/telefon/SMS)
Harga tiket     : RM150 / peserta @ RM1,500 / meja


Deposit sebanyak 50 peratus diperlukan untuk mengesahkan pendaftaran. Baki bayaran boleh dibuat semasa hari program. Sila sertakan maklumat berikut untuk membuat pendaftaran:

Nama Penuh
Bilangan tiket
Nombor telefon
Email
Pihak kami akan memaklumkan pengesahan pendaftaran jika bayaran deposit telah diterima.


4.0 Method Syarahan dan Aturcara

Speaker 1: Tuan Salahuddin Ayyub, Naib Presiden PAS
Speaker 2: YB Puan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR

ü  Syarahan dikendalikan oleh seorang moderator
ü  Setiap panel diberi masa 30 minit untuk syarahan.
ü  Moderator buka kepada sesi soalan selama 10 minit.
ü  Penggulungan daripada setiap panel berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan selama 10 minit bagi setiap ahli panel.

7.00 malam    : Pendaftaran peserta dan solat Magrib
8.00 pm          : Makan Malam & Solat Isyak
9.15 pm          : Ucapan Alu-aluan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat
9.25 pm          : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Alumni UK dan Eire
9.30 pm          : Syarahan 1 oleh Tuan Salahuddin Ayyub
10.15 pm        : Syarahan 2 oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar
11.00 pm        : Konklusi
11.15 pm        : Majlis ditangguhkan dan Sidang Media

5.0 Peluang Tajaan
Pihak penganjur juga ingin membuka peluang kepada mana-mana individu atau pihak korporat untuk menaja meja ataupun menaja peserta. Tiada had yang ditetapkan. Pihak penganjur akan mengisi ruang meja yang ditaja dengan menjemput golongan sasar yang dinyatakan seperti di atas.

Sila hubungi wakil penganjur untuk maklumat lanjut.
a) Sdr. Ubaid - 013-357 5978 (Whatsapp/telefon/SMS)
b) Sdr. Yusuf - 017-223 9525 (Whatsapp/telefon/SMS)

6.0 Dana Projek Penyelidikan PPP

Program ini dianjurkan bagi mengumpul dana projek penyelidikan PPP 2014 sebanyak RM85,000. Antara projek yang akan dilaksanakan;

1. Penerbitan Jurnal Berkala PPP 
2. Kajian Implementasi dan Impak Negara Berkebajikan di Negeri-negeri PR 
3. Perpustakaan PPP 
4. Wacana Ilmiah Bulanan 
5. Kajian Lapangan: Menguasai Undi Melayu PRU-14

Saturday, April 27, 2013

PRU 13: Isu #6 - Dimana Kedudukan Kaum India di mata BN

Pada PRU 13, UMNO/BARISAN NASIONAL cuba meraih undi daripada pengundi India untuk meraih kemenangan. UMNO menawarkan untuk memberi jaminan keselamatan dan melayan kaum India sama rata tanpa ada diskriminasi.

Zulkifli Nordin merupakan Naib President Perkasa,sekutu rapat UMNO bertanding di Shah Alam. Beliau di lihat 'kebal' undang-undang apabila seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tetapi tidak di kenakan sebarang tindakan.  



Cina dan India adalah kaum pendatang HARAM ! Tidak berhak untuk sekolah kebangsaan dan bahasa sendiri
- Zulkifli Nordin - 




Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka.
 
 Ini antara video  Zulkifli Nordin yang menghina Agama Hindu




Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan dikala Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia makanya tindakan Zulkifli Nordin ini dilihat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula beliau adalah seorang peguam terkenal dan pernah menjadi pemimpin politik di negara ini.
 
Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta..

Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua. Kematian beliau di kaitkan dengan kekejaman polis terhadap tahanan dalam penjara dan juga diskriminasi kepada kaum India. Dalam kes ini polis di sifatkan sebagai penjenayah berlesen,penjenayah yang menjaga penjenayah
 
Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Jadi, timbul persoalan kepada rakyat Malaysia, dimana martabat kaum India di mata BN yang telah memerintah Malaysia lebih setengah abad? Mereka dihina oleh calon BN, didiskriminasi dan dianiaya. Inikah slogan 1Malaysia dilaungkan oleh BN?

Ini Kalilah, kita UBAH Malaysia!

- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 




PRU 13: Isu #5: Keselamatan Negara Diabaikan dan Kebajikan Tentera Dipinggirkan?

KESELAMATAN TENTERA

Pada awal tahun ini, Malaysia pernah dikejutkan dengan satu berita kematian isteri kepada seorang tentera  akibat terhempas dari tingkat 5 sebuah pangsapuri kem tentera (TLDM) kerana lif terputus. 



Isu ini jelas menunjukkan bahawa infrastruktur kem tentera berada di tahap yang berbahaya kerana tidak diselanggara sehingga meragut nyawa ahli keluarga tentera. 

Mengulas mengenai insiden ini bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid telah berkataOrang awam yang melalui kem tentera di seluruh negara boleh menilai keuzuran kem berkenaan. Hakikatnya kem-kem tersebut dibiar tanpa pembaikan sejak era penjajahan British,”. Beliau juga mngatakan bahawa Kementerian Pertahanan tidak menaiktaraf kem-kem sementara sejak era penjajahan British.

Bukan itu sahaja, pembelian peralatan tentera yang rosak dan tidak berfungsi juga boleh membawa ancaman nyawa kepada pihak tentera meskipun jutaan ringgit telah dihabiskan oleh kerajaan UMNO-BN.


KEBAJIKAN TENTERA DAN PESARA

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (b) Mohd Nazri Mokhtar telah mendedahkan bahawa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tentera Malaysia. Beliau berkata:

“Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) mahu RM160 juta dana pencen tentera yang diseleweng melalui Boustead  Holdings Berhad dikembalikan semula kepada   tentera.”
  “Wang caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM160 juta adalah milik kita, bukan harta Umno BN.”

KEBANGKITAN TENTERA


Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh dalam ucapannya mengajak tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera.

Tegasnya, Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Saya sebagai tentera yang masih berkhidmat mengajak rakyat bangkit menentang Umno BN dalam PRU13.


"Mereka terlalu biadab terhadap bekas tentera. Kalau dulu mereka mengajar kami berjuang tanpa belas kasihan, tetapi sekarang kami tak ada belas kasihan terhadap Umno BN.



"Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin di program Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat pada 22 Februari 2013.


Ini Kalilah, kita UBAH Malaysia!


- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 


Friday, April 26, 2013

PRU 13: Isu #4 - Guru Interim, Guru Muda Dieksploitasi?

Guru Interim adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM )untuk sesuatu tempat bagi mengisi kekosongan hakiki dan ia belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP)

Mereka ini adalah guru yang telah ikuti latihan di institusi-institusi pendidikan seluruh Malaysia tetapi belum mendapat penempatan (posting). 

Guru Interim juga boleh di katakan Guru Kontrak,


Perkhidmatan mereka boleh di tamatkan pada bila-bila masa sekiranya prestasi tidak memuaskan pihak sekolah.

Tugas-tugas dan hari cuti guru interim ni sama seperti guru biasa yang lain cuma status dia belum tetap dan belum di sahkan jawatan. 

Mereka di beri tempoh selama 3 bulan, kemudian di nilai oleh KPM dan di nilai kelayakan sebagai guru tetap. 

Guru Interim mula di perkenalkan seawal tahun 2012.

Jadi, persoalannya, mengapa perkhidmatan guru interim diperkenalkan ? Gambaran ringkas seperti jadual dibawah. 

Maka, isu pengangguran muda tidak selesai dengan perkenalkan skim seperti ini kerana bertaraf kontrak dan mereka (guru guru baru graduasi) tidak terjamin status pekerjaan mereka kerana mereka boleh diberhentikan selepas kontrak tamat.

Kedua, apabila mereka terikat dalam kontrak, hak mereka dinafikan sebagaimana guru lepasan siswazah walaupun beban tugas mereka seperti guru biasa, tetapi gaji diperoleh separuh dan tidak menikmati elaun-elaun penjawat awam. 

Ini merupakan eksploitasi kepada guru guru muda kerana kerajaan HANYA MEMBAYAR GAJI SEPARUH & ELAUN-ELAUN KAKITANGAN AWAM TIDAK DIBERI. Bijak bukan? Keringat mereka diperah tanpa bayaran setimpal. Dimana penghargaan kerajaan UMNO-BN kepada para pendidik? 

Ini kalilah, kita UBAH Malaysia! 
—- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 

PRU 13: Isu #3- Keselamatan Pengguna Barangan 1 Malaysia




“13 PRODUK KEDAI 1MALAYSIA BERBAHAYA”
Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)  tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985. Menurut Menteri KesihatanDatuk Seri Liow Tiong, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelankomposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.”




         Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili  1Malaysia." 

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.”

APAKAH KESANNYA TERHADAP KESIHATAN?
"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.
raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Laporan Persatuan Pengguna membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.”

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.


Isu yang berlaku ini ternyata bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

“…kesemua barangan itu terlebih dahulu dihantar kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kumpulan sasar mendapat barangan yang berkualiti..”.

tapi ini yang berlaku!!

Ternyata kerajaan UMNO-BN mementingkan kepentingan diri berbanding keselamatan pengguna kerana menghasilkan produk yang kononnya murah untuk membantu rakyat, tetapi berbahaya kepada kesihatan.