Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11835-negara-berkebajikan-seminar-kumpul-pakar-5-ogos
SEMINAR PROF. ZULKIFLI
MUHAMMAD: PAS BERSEDIA MENYEMAK POLISI SEDIA ADA SEBAGAI PERSIAPAN KE PUTRAJAYA
PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
komited dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia
ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang. Menelusuri Dokumen Negara
Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dokumen ini
merupakan tawaran kepada rakyat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat
memegang tampuk pemerintahan Persekutuan pada PRU 13 akan datang.
Oleh yang demikian, dasar atau
polisi awam yang sedia ada akan diselarikan dengan Dokumen Negara Berkebajikan dan
kelompangan-kelompangan yang wujud akan ditampung oleh PAS melalui kajian
penyelidikan oleh PPP sendiri. Kita (PPP) mempunyai pelbagai pakar dan felo
yang bersedia menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing bagi
merealisasikan hasrat murni ini.
Selaras dengan hasrat murni ini,
PPP akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad: Membangun Negara Berkebajikan
sebagai langkah kehadapan dalam persiapan melengkapkan polisi dan dasar yang
sedia ada. Seminar ini akan berlangsung selama sehari pada 5 Ogos 2012
bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga
6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.
Seminar ini mengutarakan 3 topik
yang kritikal dalam negara melalui 3 wacana dengan membariskan ahli panel yang
berwibawa dalam bidang masing-masing. Topik wacana dan ahli panel seperti
berikut:
Wacana 1: Mampukah Rakyat
Malaysia Memiliki Rumah Sendiri.
i. YB Tuan Iskandar Abd Samad, Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setingaan Kerajaan Negeri Selangor
ii. Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain bin Nik Razak, mantan Ketua
Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
iii. Ust Nik Mohd Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulamak
dan Setiausaha Majlis Syura PAS.
Wacana 2: Implementasi Sistem
Percukaian di Malaysia – Suatu Kajian Semula
- YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat.
- Dr Khairuddin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS.
- Dr Rosli
Yaakob, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara
Wacana 3: Hiburan dikalangan
Belia
i.
YB Dato’ Abd
Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Kerajaan Negeri Kelantan.
ii.
YB Ust
Firdaus b Jaafar, Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS
iii.
Ybhgia Tuan
Ahmad Idham b Ahmad Nadzzri, Pengarah dan Penerbit Drama/Filem
Oleh yang demikian, PPP menjemput
semua pakar dalam bidang terlibat turut hadir bersama dalam memberi sumbang
saran dalam mematangkan idea dan buah fikiran. Selain itu, kita juga
mengalu-alukan kehadiran semua pihak termasuk para ahli akademik, wakil-wakil
NGO, pimpinan masyarakat setempat dan pimpinan mahasiswa untuk turut serta
berdiskusi dalam seminar ini.
Selain itu juga, seminar ini
merupakan kesinambunagn daripada beberapa siri wacana yang telah dianjurkan
oleh PPP dalam 8 bulan lepas. PPP telah mengumpul dan menganalisis beberapa
bidang untuk diterjemah dalam bentuk polisi selari dengan Dokumen Negara
Berkebajikan.
Maklumat lanjut mengenai seminar
ini boleh didapati melalui blog: www.pasresearchcentre.blogspot.com
atau hubungi sekretariat PPP, Encik Ubaid 013-3575978 atau Encik Muhammad
019-3303236. Pendaftaran secara online melalui link: http://www.tiny.cc/seminar-mnb
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Operasi,
Pusat Penyelidikan PAS
No comments:
Post a Comment