Friday, April 26, 2013

PRU 13: Isu #3- Keselamatan Pengguna Barangan 1 Malaysia




“13 PRODUK KEDAI 1MALAYSIA BERBAHAYA”
Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)  tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985. Menurut Menteri KesihatanDatuk Seri Liow Tiong, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelankomposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.”




         Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili  1Malaysia." 

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.”

APAKAH KESANNYA TERHADAP KESIHATAN?
"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.
raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Laporan Persatuan Pengguna membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.”

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.


Isu yang berlaku ini ternyata bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

“…kesemua barangan itu terlebih dahulu dihantar kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kumpulan sasar mendapat barangan yang berkualiti..”.

tapi ini yang berlaku!!

Ternyata kerajaan UMNO-BN mementingkan kepentingan diri berbanding keselamatan pengguna kerana menghasilkan produk yang kononnya murah untuk membantu rakyat, tetapi berbahaya kepada kesihatan.









PRU13: Isu #1 - Keselamatan Awam

Manifesto BN pada PRU 12 2008 pernah menjanjikan keselamatan kepada rakyat Malaysia sebagaimana berikut:
  • Mengurangkan indeks jenayah negara 
  • Menangani isu pendatang asing tanpa izin 
  • Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
  •  Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam 
Di akhbar-akhbar berita juga ada menyebut tentang tahap keselamatan di Malaysia berada ditahap paling baik, antaranya:

" NEGARA KE-12 PALING SELAMAT MENGATASI AMERIKA SYARIKAT DAN BRITAIN.."

"MALAYSIA TEMPAT PERTAMA SELAMAT DAN AMAN DI ASIA TENGGARA.."

"19 NEGARA PALING AMAN, KADAR JENAYAH TURUN 11 %"

Bahkan, menurut ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kadar jenayah dalam negara kita ini daripada bulan Januari 2012 hinggalah Jun 2012 telahpun turun pada kadar 26 peratus.

NAMUN...
Daripada manakah statistik tersebut diperolehi? Adakah Tan Sri Omar dan para pegawai tingginya di Bukit Aman mengesahkan ketepatan kadar dan statistik tersebut? Siapakah yang menyediakan statistik tersebut dan adakah ianya dikaji dengan teliti serta disahkan kesahihannya sebelum ianya diumumkan secara rasmi kepada orang ramai?

Persoalan ini timbul apabila berdasarkan beberapa laporan baru-baru ini yang didapati kegiatan jenayah di negara ini telah menjadi semakin berleluasa, seolah-olah tidak lagi dapat dikawal.

INI YANG BERLAKU!!






KES KEHILANGAN KANAK-KANAK
Jika dilihat kepada statistik kes kehilangan kanak-kanak, 15 orang dilaporkan hilang setiap hari. 


Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas (2012).

Menteri pembangunan wanitakeluarga dan masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen juga mengakui tentang keseriusan peningkatan kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku saban tahun. Antara kenyataan beliau:
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula.”

“…1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas (2007), manakala 1,478 kes pula pada 2006.”

“….statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kesBagaimanapun kes itu tetap serius dan berterusan setiap tahun.”

“….secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Memetik kata-kata Bekas Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.
Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

INILAH JENAYAH-JENAYAH YANG MASIH LAGI BERLELUASA..

KESELAMATAN AWAM RAKYAT YANG MASIH BELUM ‘SELAMAT..







- PAKATAN HARAPAN RAKYAT -




PRU13: Isu #2 - PIKET DAULAT 6413 - SIRI 1

Pada 6 April 2013 yang lalu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah mengadakan demontrasi aman di Kuala Lumpur demonstrasi yang diberi nama PIket Daulat itu membawa 10 tuntutan yang memperjuangkan keadilan dan hak pekerja-pekerja bank daripada CIMB, Maybank, dan Bank Muamalat.

10 tuntutan tersebut ialah:

- Hentikan pencabulan Rukun Negara

- Hentikan jualan produk secara salah

- Hentikan penyahkawalseliaan khidmat perbankan

- Hentikan caj yang melampau terhadap pelanggan

- Hentikan diskriminasi pelanggan mengikut kaum

- Hentikan penamatan perkhidmatan pekerja senior

- Hentikan eksploitasi terhadap pekerja

- Hentikan penganiyaan terhadap pekerja hamil

- Hentikan mewujudkan pengangguran

- Hentikan galakan ketaksamaan pendapatan

Walaupun piket atau tunjuk perasaan ini hanya mewakili kebajikan pekerja-pekerja bank, tetapi rakyat Malaysia harus faham bahawa institusi perbankan adalah penting untuk menjamin kelangsungan pembangunan Negara kita.

Pusat Penyelidikan PAS mengambil berat tentang isu ini kerana ia melibatkan kebajikan rakyat Malaysia dan pekerja bank.

Daripada 10 tuntutan Piket 6413, Pusat Penyelidikan PAS akan fokus kepada  isu pencabulan rukun Negara, salah tatacara penjualan, caj melampau kepada kerajaan, menjaga kebajikan pekerja hamil.

Pendedahan ini akan diteruskan dalam siri-siri berikutnya.

- PAKATAN HARAPAN RAKYAT -