Saturday, April 27, 2013

PRU 13: Isu #5: Keselamatan Negara Diabaikan dan Kebajikan Tentera Dipinggirkan?

KESELAMATAN TENTERA

Pada awal tahun ini, Malaysia pernah dikejutkan dengan satu berita kematian isteri kepada seorang tentera  akibat terhempas dari tingkat 5 sebuah pangsapuri kem tentera (TLDM) kerana lif terputus. 



Isu ini jelas menunjukkan bahawa infrastruktur kem tentera berada di tahap yang berbahaya kerana tidak diselanggara sehingga meragut nyawa ahli keluarga tentera. 

Mengulas mengenai insiden ini bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid telah berkataOrang awam yang melalui kem tentera di seluruh negara boleh menilai keuzuran kem berkenaan. Hakikatnya kem-kem tersebut dibiar tanpa pembaikan sejak era penjajahan British,”. Beliau juga mngatakan bahawa Kementerian Pertahanan tidak menaiktaraf kem-kem sementara sejak era penjajahan British.

Bukan itu sahaja, pembelian peralatan tentera yang rosak dan tidak berfungsi juga boleh membawa ancaman nyawa kepada pihak tentera meskipun jutaan ringgit telah dihabiskan oleh kerajaan UMNO-BN.


KEBAJIKAN TENTERA DAN PESARA

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (b) Mohd Nazri Mokhtar telah mendedahkan bahawa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tentera Malaysia. Beliau berkata:

“Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) mahu RM160 juta dana pencen tentera yang diseleweng melalui Boustead  Holdings Berhad dikembalikan semula kepada   tentera.”
  “Wang caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM160 juta adalah milik kita, bukan harta Umno BN.”

KEBANGKITAN TENTERA


Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh dalam ucapannya mengajak tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera.

Tegasnya, Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Saya sebagai tentera yang masih berkhidmat mengajak rakyat bangkit menentang Umno BN dalam PRU13.


"Mereka terlalu biadab terhadap bekas tentera. Kalau dulu mereka mengajar kami berjuang tanpa belas kasihan, tetapi sekarang kami tak ada belas kasihan terhadap Umno BN.



"Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin di program Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat pada 22 Februari 2013.


Ini Kalilah, kita UBAH Malaysia!


- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 


No comments:

Post a Comment