Saturday, April 27, 2013

PRU 13: Isu #6 - Dimana Kedudukan Kaum India di mata BN

Pada PRU 13, UMNO/BARISAN NASIONAL cuba meraih undi daripada pengundi India untuk meraih kemenangan. UMNO menawarkan untuk memberi jaminan keselamatan dan melayan kaum India sama rata tanpa ada diskriminasi.

Zulkifli Nordin merupakan Naib President Perkasa,sekutu rapat UMNO bertanding di Shah Alam. Beliau di lihat 'kebal' undang-undang apabila seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tetapi tidak di kenakan sebarang tindakan.  



Cina dan India adalah kaum pendatang HARAM ! Tidak berhak untuk sekolah kebangsaan dan bahasa sendiri
- Zulkifli Nordin - 




Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka.
 
 Ini antara video  Zulkifli Nordin yang menghina Agama Hindu




Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan dikala Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia makanya tindakan Zulkifli Nordin ini dilihat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula beliau adalah seorang peguam terkenal dan pernah menjadi pemimpin politik di negara ini.
 
Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta..

Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua. Kematian beliau di kaitkan dengan kekejaman polis terhadap tahanan dalam penjara dan juga diskriminasi kepada kaum India. Dalam kes ini polis di sifatkan sebagai penjenayah berlesen,penjenayah yang menjaga penjenayah
 
Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Jadi, timbul persoalan kepada rakyat Malaysia, dimana martabat kaum India di mata BN yang telah memerintah Malaysia lebih setengah abad? Mereka dihina oleh calon BN, didiskriminasi dan dianiaya. Inikah slogan 1Malaysia dilaungkan oleh BN?

Ini Kalilah, kita UBAH Malaysia!

- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 




PRU 13: Isu #5: Keselamatan Negara Diabaikan dan Kebajikan Tentera Dipinggirkan?

KESELAMATAN TENTERA

Pada awal tahun ini, Malaysia pernah dikejutkan dengan satu berita kematian isteri kepada seorang tentera  akibat terhempas dari tingkat 5 sebuah pangsapuri kem tentera (TLDM) kerana lif terputus. 



Isu ini jelas menunjukkan bahawa infrastruktur kem tentera berada di tahap yang berbahaya kerana tidak diselanggara sehingga meragut nyawa ahli keluarga tentera. 

Mengulas mengenai insiden ini bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid telah berkataOrang awam yang melalui kem tentera di seluruh negara boleh menilai keuzuran kem berkenaan. Hakikatnya kem-kem tersebut dibiar tanpa pembaikan sejak era penjajahan British,”. Beliau juga mngatakan bahawa Kementerian Pertahanan tidak menaiktaraf kem-kem sementara sejak era penjajahan British.

Bukan itu sahaja, pembelian peralatan tentera yang rosak dan tidak berfungsi juga boleh membawa ancaman nyawa kepada pihak tentera meskipun jutaan ringgit telah dihabiskan oleh kerajaan UMNO-BN.


KEBAJIKAN TENTERA DAN PESARA

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (b) Mohd Nazri Mokhtar telah mendedahkan bahawa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tentera Malaysia. Beliau berkata:

“Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) mahu RM160 juta dana pencen tentera yang diseleweng melalui Boustead  Holdings Berhad dikembalikan semula kepada   tentera.”
  “Wang caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM160 juta adalah milik kita, bukan harta Umno BN.”

KEBANGKITAN TENTERA


Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh dalam ucapannya mengajak tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera.

Tegasnya, Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Saya sebagai tentera yang masih berkhidmat mengajak rakyat bangkit menentang Umno BN dalam PRU13.


"Mereka terlalu biadab terhadap bekas tentera. Kalau dulu mereka mengajar kami berjuang tanpa belas kasihan, tetapi sekarang kami tak ada belas kasihan terhadap Umno BN.



"Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin di program Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat pada 22 Februari 2013.


Ini Kalilah, kita UBAH Malaysia!


- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 


Friday, April 26, 2013

PRU 13: Isu #4 - Guru Interim, Guru Muda Dieksploitasi?

Guru Interim adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM )untuk sesuatu tempat bagi mengisi kekosongan hakiki dan ia belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP)

Mereka ini adalah guru yang telah ikuti latihan di institusi-institusi pendidikan seluruh Malaysia tetapi belum mendapat penempatan (posting). 

Guru Interim juga boleh di katakan Guru Kontrak,


Perkhidmatan mereka boleh di tamatkan pada bila-bila masa sekiranya prestasi tidak memuaskan pihak sekolah.

Tugas-tugas dan hari cuti guru interim ni sama seperti guru biasa yang lain cuma status dia belum tetap dan belum di sahkan jawatan. 

Mereka di beri tempoh selama 3 bulan, kemudian di nilai oleh KPM dan di nilai kelayakan sebagai guru tetap. 

Guru Interim mula di perkenalkan seawal tahun 2012.

Jadi, persoalannya, mengapa perkhidmatan guru interim diperkenalkan ? Gambaran ringkas seperti jadual dibawah. 

Maka, isu pengangguran muda tidak selesai dengan perkenalkan skim seperti ini kerana bertaraf kontrak dan mereka (guru guru baru graduasi) tidak terjamin status pekerjaan mereka kerana mereka boleh diberhentikan selepas kontrak tamat.

Kedua, apabila mereka terikat dalam kontrak, hak mereka dinafikan sebagaimana guru lepasan siswazah walaupun beban tugas mereka seperti guru biasa, tetapi gaji diperoleh separuh dan tidak menikmati elaun-elaun penjawat awam. 

Ini merupakan eksploitasi kepada guru guru muda kerana kerajaan HANYA MEMBAYAR GAJI SEPARUH & ELAUN-ELAUN KAKITANGAN AWAM TIDAK DIBERI. Bijak bukan? Keringat mereka diperah tanpa bayaran setimpal. Dimana penghargaan kerajaan UMNO-BN kepada para pendidik? 

Ini kalilah, kita UBAH Malaysia! 
—- PAKATAN HARAPAN RAKYAT - 

PRU 13: Isu #3- Keselamatan Pengguna Barangan 1 Malaysia




“13 PRODUK KEDAI 1MALAYSIA BERBAHAYA”
Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)  tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985. Menurut Menteri KesihatanDatuk Seri Liow Tiong, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelankomposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.”




         Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili  1Malaysia." 

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.”

APAKAH KESANNYA TERHADAP KESIHATAN?
"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.
raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Laporan Persatuan Pengguna membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.”

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.


Isu yang berlaku ini ternyata bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

“…kesemua barangan itu terlebih dahulu dihantar kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kumpulan sasar mendapat barangan yang berkualiti..”.

tapi ini yang berlaku!!

Ternyata kerajaan UMNO-BN mementingkan kepentingan diri berbanding keselamatan pengguna kerana menghasilkan produk yang kononnya murah untuk membantu rakyat, tetapi berbahaya kepada kesihatan.









PRU13: Isu #1 - Keselamatan Awam

Manifesto BN pada PRU 12 2008 pernah menjanjikan keselamatan kepada rakyat Malaysia sebagaimana berikut:
  • Mengurangkan indeks jenayah negara 
  • Menangani isu pendatang asing tanpa izin 
  • Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
  •  Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam 
Di akhbar-akhbar berita juga ada menyebut tentang tahap keselamatan di Malaysia berada ditahap paling baik, antaranya:

" NEGARA KE-12 PALING SELAMAT MENGATASI AMERIKA SYARIKAT DAN BRITAIN.."

"MALAYSIA TEMPAT PERTAMA SELAMAT DAN AMAN DI ASIA TENGGARA.."

"19 NEGARA PALING AMAN, KADAR JENAYAH TURUN 11 %"

Bahkan, menurut ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kadar jenayah dalam negara kita ini daripada bulan Januari 2012 hinggalah Jun 2012 telahpun turun pada kadar 26 peratus.

NAMUN...
Daripada manakah statistik tersebut diperolehi? Adakah Tan Sri Omar dan para pegawai tingginya di Bukit Aman mengesahkan ketepatan kadar dan statistik tersebut? Siapakah yang menyediakan statistik tersebut dan adakah ianya dikaji dengan teliti serta disahkan kesahihannya sebelum ianya diumumkan secara rasmi kepada orang ramai?

Persoalan ini timbul apabila berdasarkan beberapa laporan baru-baru ini yang didapati kegiatan jenayah di negara ini telah menjadi semakin berleluasa, seolah-olah tidak lagi dapat dikawal.

INI YANG BERLAKU!!






KES KEHILANGAN KANAK-KANAK
Jika dilihat kepada statistik kes kehilangan kanak-kanak, 15 orang dilaporkan hilang setiap hari. 


Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas (2012).

Menteri pembangunan wanitakeluarga dan masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen juga mengakui tentang keseriusan peningkatan kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku saban tahun. Antara kenyataan beliau:
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula.”

“…1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas (2007), manakala 1,478 kes pula pada 2006.”

“….statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kesBagaimanapun kes itu tetap serius dan berterusan setiap tahun.”

“….secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Memetik kata-kata Bekas Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.
Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

INILAH JENAYAH-JENAYAH YANG MASIH LAGI BERLELUASA..

KESELAMATAN AWAM RAKYAT YANG MASIH BELUM ‘SELAMAT..







- PAKATAN HARAPAN RAKYAT -