Saturday, July 21, 2012

Kenyataan Media Pengarah Operasi PPP - 20 Julai 2012

Kenyataan media ini telah disiarkan di Harakahdaily - 22 Julai 2012
Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11835-negara-berkebajikan-seminar-kumpul-pakar-5-ogos


SEMINAR PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD: PAS BERSEDIA MENYEMAK POLISI SEDIA ADA SEBAGAI PERSIAPAN KE PUTRAJAYA

PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) komited dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang. Menelusuri Dokumen Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru  Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dokumen ini merupakan tawaran kepada rakyat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat memegang tampuk pemerintahan Persekutuan pada PRU 13 akan datang.

Oleh yang demikian, dasar atau polisi awam yang sedia ada akan diselarikan dengan Dokumen Negara Berkebajikan dan kelompangan-kelompangan yang wujud akan ditampung oleh PAS melalui kajian penyelidikan oleh PPP sendiri. Kita (PPP) mempunyai pelbagai pakar dan felo yang bersedia menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Selaras dengan hasrat murni ini, PPP akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad: Membangun Negara Berkebajikan sebagai langkah kehadapan dalam persiapan melengkapkan polisi dan dasar yang sedia ada. Seminar ini akan berlangsung selama sehari pada 5 Ogos 2012 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.

Seminar ini mengutarakan 3 topik yang kritikal dalam negara melalui 3 wacana dengan membariskan ahli panel yang berwibawa dalam bidang masing-masing. Topik wacana dan ahli panel seperti berikut:

Wacana 1: Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri.

i. YB Tuan Iskandar Abd Samad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setingaan Kerajaan Negeri Selangor
ii. Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain bin Nik Razak, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
iii.  Ust Nik Mohd Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulamak dan Setiausaha Majlis Syura PAS.

Wacana 2: Implementasi Sistem Percukaian di Malaysia – Suatu Kajian Semula
  1. YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat.
  2. Dr Khairuddin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS.
  3. Dr Rosli Yaakob, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara
Wacana 3: Hiburan dikalangan Belia
        i.            YB Dato’ Abd Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.
      ii.            YB Ust Firdaus b Jaafar, Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS
    iii.            Ybhgia Tuan Ahmad Idham b Ahmad Nadzzri, Pengarah dan Penerbit Drama/Filem

Oleh yang demikian, PPP menjemput semua pakar dalam bidang terlibat turut hadir bersama dalam memberi sumbang saran dalam mematangkan idea dan buah fikiran. Selain itu, kita juga mengalu-alukan kehadiran semua pihak termasuk para ahli akademik, wakil-wakil NGO, pimpinan masyarakat setempat dan pimpinan mahasiswa untuk turut serta berdiskusi dalam seminar ini.

Selain itu juga, seminar ini merupakan kesinambunagn daripada beberapa siri wacana yang telah dianjurkan oleh PPP dalam 8 bulan lepas. PPP telah mengumpul dan menganalisis beberapa bidang untuk diterjemah dalam bentuk polisi selari dengan Dokumen Negara Berkebajikan.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati melalui blog: www.pasresearchcentre.blogspot.com atau hubungi sekretariat PPP, Encik Ubaid 013-3575978 atau Encik Muhammad 019-3303236. Pendaftaran secara online melalui link: http://www.tiny.cc/seminar-mnb

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Operasi,
Pusat Penyelidikan PAS

Wednesday, July 18, 2012

Seminar Prof. Zulkifli Muhammad - Membangun Negara Berkebajikan

Objektif Seminar

1. Medan untuk kepimpinan PAS samada peringkat Pusat mahupun wakil-wakil rakyat PAS dan pakar-pakar bidang berbincang polisi dan cabaran-cabaran mendatang.

2. Peluang kepada kepimpinan PAS untuk mendapat input, sumbang saran dan pandangan daripada pakar-pakar bidang dan para peserta (ahli PAS) yang terdiri pelbagai latarbelakang pendidikan atau taraf hidup.

3. Medium bagi kepimpinan PAS menyampaikan pandangan kepada masyarakat secara perbincangan dua hala.

Tarikh
 5 Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433H (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 7.00 malam

Tempat
Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Anjuran
Pusat Penyelidikan Pas (PPP)

Sasaran Peserta:
1.    AJK PAS Pusat
2.    Wakil Dewan (DPPM, DMPP, DUPP, DHPP)
3.    Ahli-ahli Parlimen PAS
4.    Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS
5.    Wakil Badan Perhubungan Negeri
6.    Para Ulama’
7.    Para Profesional
8.    Pakar-pakar bidang
9.    Wakil kepimpinan Mahasiswa
10.  Wakil parti komponen Pakatan Rakyat
11. Wakil NGO
12. Wakil pimpinan masyarakat

Aturcara Program

5 Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433H, Ahad

8.00 pagi    : Pendaftaran Peserta

8.30 pagi    : Majlis Perasmian
                    Oleh: YB Salahuddin Ayyub, Naib Presiden PAS & Ahli Parlimen Kubang Kerian

8.45 pagi    : Wacana 1: Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?

10.45 pagi    : Solat Dhuha

11.00 pagi    : Wacana 2: Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula

1.00 petang    : Rehat dan Solat Zohor

2.00 petang    : Wacana 3: Sukan dan Hiburan Dikalangan Belia / Anak Muda

4.15 petang    : Solat Asar dan Ma’thurat

5.00 petang    : Slot Resolusi

5.30 petang  : Perasmian Penutup
                  Oleh: YB Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif PPP dan Ahli Parlimen Kuala Selangor

6.45 petang    : Jamuan Iftar, Solat Maghrib dan bersurai

Topik Perbincangan dan Senarai Ahli Panel

Wacana 1: Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?

Moderator: Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi PPP

Speaker:
a.    YB Tuan Iskandar bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor

b.    Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain bin Nik Yusoff, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

c.    Ust Zaharuddin b Mohammad, Ahli Majlis Syura dan Penasihat Syariah.

Wacana 2: Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula

Moderator: Ustaz Ramadhan Fitri Elias, Koordinator Ekonomi PPP

Speaker:
a.    YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat.

b.    Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

c.    Dr Rosli Yaakob, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara

Wacana 3: Hiburan Dikalangan Belia / Anak Muda

Moderator: Dr Muhaimin Sulam, Timb. Pengarah PPP.

Speaker:
a. YB Dato’ Abd Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.

b. YB Ust Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS.

c. Ybhgia Tuan Ahmad Idham b Ahmad Nadzzri, Pengarah dan Penerbit Drama/Filem

Hasil daripada seminar ini, PPP akan mengumpul data dan bahan yang diperoleh untuk didokumentasikan, seterusnya dijadikan bahan rujukan untuk merangka/membentuk dasar-dasar berkaitan implementasi Dokumen Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.

Yuran Seminar:
Bekerja - RM30
Mahasiswa - RM20

Pendaftaran awal boleh dilakukan dengan mengisi borang disini:

http://www.tiny.cc/seminar-mnb

Bank in/deposit wang yuran ke

PPP Research and Development
Bank Islam (M) Bhd 1417 1010 0068 50

sebelum 3 Ogos 2012.

Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut boleh hubungi

Sekretariat PPP, En Ubaid Akla di talian 013-3575978 atau Cik Siti Norfarahanim 013-2041089

Thursday, July 5, 2012

Seminar Membentuk dan Menilai Polisi Awam

Selari dengan pendirian PAS sebagai government-in-waiting, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dengan kerjasama Institut Polisi Studi (IPS) menganjurkan Seminar Membentuk dan Menilai Polisi Awam yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)
Tempat : Masjid Hasanah, Bangi
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Yuran : RM 20 seorang

Tujuan seminar ini diadakan ialah agar PAS memiliki kumpulan sokongan yang memahami bagaimana untuk membentuk polisi negara dan bagaimana untuk menilai keberkesanan polisi tersebut.
3. Di penghujung program, peserta diharap dapat memahami beberapa perkara tersebut:
3.1 Memahami konsep dalam proses pembentukan polisi awam di Malaysia
3.2 Mengenali individu dan agensi yang berperanan dalam membentuk polisi awam
3.3 Memahami bagaiaman sesuatu polisi diimplimentasi dan bagaimana menilai keberkesanan polisi tersebut
4. Sekiranya tuan / puan berminat, sila hubungi Ubaid Abd Akla, 013 3575978 / Muhammad Abdhadi 019-3303236 @ ppp@pas.org.my

Antara tajuk pembentangan Seminar Membentuk dan Menilai Polisi Awam
1. Negara Berkebajikan Tawaran PAS
2. Realiti Proses Pembentukan dan Penilaian Polisi di Malaysia
3. Teori dan Metodologi Pembentukan Polisi
4. Sejarah Pentadbiran Awam di Malaysia
5. Kajian Kes Polisi Awam di Malaysia

Seminar ini khusus kepada kepimpinan dlm PAS di setiap peringkat kaw/Negeri/Dewan/Alumni.

Latar Belakang Pusat Penyelidikan PAS


Logo PPP

Pusat Penyelidikan PAS atau PPP ditubuhkan pada tahun 1997 ketika zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Pengarah pertama PPP ialah Dr Syed Azman dan ibu pejabat pertamanya di Pejabat Harakah, Jalan Pahang. PPP kemudian diambil alih oleh Dr. Dzulkelfy Ahmad (1999-2008) dan Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff (2008-2011). Kini PPP dipimpin semula oleh Dr. Dzulkefly Ahmad dengan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif PPP manakala Dr. Zuhdi dilantik sebagai Pengarah Operasi PPP.
Secara umumnya PPP berperanan sebagai badan pemikir atau “think tank” kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan penekanan kepada gerak kerja yang bersifat jangka panjang atau polisi-polisi negara yang memberi kesan besar kepadasituasi PAS dalam politik Malaysia.
Objektif PPP:
1)    Menjadikan PPP sebagai pencetus dan minda kepada parti (the brains of the party).
2)    Merangka dan mendokumentasikan cadangan-cadangan polisi awam untuk  PAS.
3)    Berfungsi sebagai pangkalan untuk para pengkaji dalam PAS.
4)    Bertindak sebagai konsultan (advocacy) kepada lajnah-lajnah dalam organisasi PAS.
5)    Mengadakan kajian samada melalui proprietary research dan mengumpulkan bahan kajian dari sumber lain.
6)    Menganjurkan program-program seperti seminar, wacana dan bengkel-bengkel sumbang saran